Saturday, 26 January 2013

purse ku sayang.

assalamualaikum. harini dah hari ketiga kot purse akui hilang and yang tak boleh blah nya

im still waiting for someone to call me dan beritahu yg purse aku dijumpai.

ceh! dalam mimpi lahh nampaknya. haha. purse hilang ni banyak kena buat

ic pun kena buat baru oleh sebab aku student dia bagi rm60 ja, kalau tak kena sampai 110. 

mana nak cekau duitnya. hmm. kad bank pulak kena rm 12, oleh sebab aku ada dua bank kena lah rm24

lesen pulak kena rm 20, pak cik tu pesan jangan bg hilang lagi.ingat aku nak ke.hmm

sedihnya, rentas duit aku, hope elaun masuk cepat sikit. tolonglah encik encik BPG,

masukan duit cepat sikit,  pergh.. baru aku perasan banyk rupanya benda jadi

aku harap lepas ni takda dah kot, hmm..




ok tukar topik harini mimpi aku pelik sangat, macam macam mimpi.

mimpi alien dalam kapal lah, mimpi ada anak lah n yang paling pelik

anak aku ada nama. MIKHAILA.. aku rasa mesti aku mimpi sebab aku ada stalk perempuan ni

nama anak dia mikhaila n aku pun terabsorb sekali ke dalam mimpi.

habis lahh..nasha ingat lambat lagi engkau tu nak kahwin. tah 10 taun lagi belum tentu lagi,

merancang tapi hanya Allah yang tentukan. 





p/s: shahrul rayyan riezki nama ni kot..(mungkin)

Monday, 31 December 2012

Bye Bye 2012

assalamualaikum, nampaknya esok dah nak masuk 2013 dan banyak

benda dah berlaku sepanjang tahun 2012,

ada pekara yang sedih, gembira dan ada jugak perkar yang memalukan,

apa pun setiap benda yang berlaku aku dapat pengalaman

dan dapat iktibar atas apa yang berlaku, benda ni pun boleh mematangkan diri ni

jugak, 

apa pun Happy New Year.

untuk awak, semoga tercapai apa yang awak nak tu. =)

Wednesday, 19 December 2012

susah hati

fuhh.. pejam celik pejam celik dah masuk tengah bulan 12, 

banyak benda dah berlaku dan banyak benda yang suka dan duka.

everytime ada problem aku akan cerita kat fendi, mungkin sebab dia kot yg

rapat dengan aku, masalahnya aku dah tahan benda ni dari form 2 lagi

and aku still ingat sebab benda ni first time ayah aku marah aku,

and now diorang buat lagi aku sakit hati, please aku tak kacau,

jangan kacau aku, kadang kadang malas balik sebab benda ni,

semalam air mata tumpah juga sebab benda nie,

sakit hati sebab aku tak boleh bersuara, tak boleh cakap apa langsung,

tunggu masa jelah,

setiap hari berdoa supaya hati ni tenang, jangan fikir sangat pasal ni.

thank fendi for the advice,



lupakan pasal masalah tu saat ni ada orang happy n ada orang sedih

dikala semua orang tengah happy happy pasal result,

aku teringat balik masa aku form 3 tu dulu, teruk gila result aku,

tapi spm aku alhamdulillah ok, so dekat budak budak yg dapat

result teruk jangan risau, PMR bukan pengukur masa depan,

SPM masih ada, satu ja jangan putus asa, =)




I have not failed. I've just found 10,000 ways that won't work.- Thomas Edison-




Friday, 14 December 2012

cuti sem.

assalamualaikum, nampaknya dah lama blog nie tak terupdate, tak tahu nak update apa pun.

tapi kali ni ada benda nak story, pasal cuti sem kali ni,

cuti nak dekat dua bulan memang bosang.tak tahu nak buat apa.

tapi cuti kali nie banyak keluar g jalan jalan lah jugak tapi destinasi adalah thailand,

sebab tu paling dekat, malas nak g jauh jauh kononnya, =p,

great thing pasal thailand ni sebab aku suka makanan dia, makanan dia memang menepati

selera aku, tapi bila pergi bercuti kat terangganu ja terus aku tak berminat sangt

nak makan makanan diorang, mungkin tak kena selera kot,

cuti kali ni pun aku rasa perut aku makin membesar, mama asyik bagi makan ja

pheww..air pun minum tak banyak, macamna lahh nak kurus.

wang kelian

songkhla

dengan afif! susah benor nak tangkap gambar.

dekat sana benda ni lah teksi!

=-=


makan makan dengan family mama

dekat penang!
=)

dah masuk 19 just hope boleh ubah diri mnjadi lebih matang.

ada lagi beberapa minggu before masuk kolej balik so kena gunakan cuti ini sebaik baiknya,

sebelum balik harap dapat jumpa dengan dia.

p/s: you don't choose your family. they are god's gift to you, as you are to them. -Desmond Tutu-



Monday, 1 October 2012

weekend datang lagi!

this weekend dia datang lagi, tapi topik perbincangan kali nie lagi

serious dari biasa, mula berbincang pasal perancangan hidup.

although masa lagi 2 years tapi tak tentu lagi, just takut papa jadi, 

mana tahu sebab kita hanya merancang tapi Allah yang tentukan,

apa kita mampu lakukan hanya berdoa agar hubungan nie kekal akhir hayat,

insyaallah.kadang kadang aku risau gak pasal benda nie,takda benda dah nak cerita,

papa pun dapat meluangkan masa dengan dia pun aku dah bersyukur, heho.



beli cool blog dapt benda nie! phewww

orang nak tangkap gambar tengok tempat lain, kan dah letak kat sini.

dia cakap macamna nak jadi bini orang if tali kasut pun ikat tak betul, hmmmmm,

aku just mampu berdoa kekalkan hubungan nie

p/s: petang nie ada perlawan futsal untuk game kedua, harap team kami boleh buat yang terbaik, papa pun, have fun semua,, weeeehoooo!!=)









kawan punya

assalamualaikum, harini terasa nak buat cerita pasal kawan punya,

pernah tak korang semua terminat dekat someone yang kawan korang punya,

maksudnya begini, bila ada seseorang yang kawan korang minat seperti crush misalnya,

korang rasa korang akn suka tak dengan orang tu? maybe ada yang tak kisah,

so kat sini for my OWN opinion aku tak akan ambik orang punya,

lebih lebih lagi dengan keadaan aku dah ada orang yang aku suka, tak kan aku nak

ambik orang punya, kawan pulak tu,tapi laki tu pun satu, dua dua perempuan nak.

pheww, kalau situasi ni jadi kat aku mungkin aku akan,sedih,

tapi orang tu perlulah respect kawan kita tu,if lah kau ada serious relationship dengan laki tu please lah,

  1. tolong jangan sebut pasal lelaki tu depan aku,
  2. jangan mengedik dengan laki tu depan aku,
  3. tolong jangan pretend mcam tak da papa berlaku,
consider lah sikit hati orang, cakap kawan, ingat senang ka nak lupakan orang yang kita suka 

dalam sekelip mata, papa pun, pada perempuan tu, jangan lah selfish sangat,

benda nie based on my own experiences tapi orang yang tak ada kaitan jangan perasan pulak. 




p/s: risau entry nie buat orang terasa, esh esh esh,=)







Thursday, 27 September 2012

event syarahan!

assalamualaikum, semalam di kolej adalah aktiviti yang dilakukan, event syarahan,

pada hari tu ramai lahh yang datang dari ipg lain, 6 buah ipg if tak silap,

first time aku tengok event camni, sebelum ni tak pernah lagi melibatkan diri,

tak rugi aku datang kolej, hehe,

setiap ipg hantar 2 orang wakil dan termasuk kirkby jadilah 14 orang peserta semua,

semua budak budak nie hebat hebat belaka dan yang bestnya salah seorang peserta

dari kolej aku dapat nombor 3, kira ok lah tu, congratulation kepada nazhatul iqfa. 

malas cakap panjang panjang, tengok gambar jela, 


gadis gadis penyambut tetamu, cantik kan, most of them dari kelas aku, hehe


ini KAMI!

pasukan koir, comel jer nyanyi untuk lagu bahasa
nie pemenang 1,2,3 pertandingan melukis poster, kelas aku nombor 3 tu,

wakil kirkby afif azri, nanti cuba lagi, =)

nazhatul ifqa yang dari kirkby, dapat nomb 3.

pemenang pertandingan syarahan nie, dari ipg bahasa melayu,
puan bis excited gila. =)

p/s: semua gambar nie dari lensa fatin fatini & faiqah yassin,
terima kasih yer,